Monthly Archives: January 2012

Pengiat IKS perlu Sedia Hadapi Transformasi ( Buletin Utama – Selasa 24/1/2012)

tonton-home-channels-tv3-buletin utama (2012)-tue, jan 24 – Buletin Utama (2012) – Tue, Jan 24.

Industri Kecil Sederhana : Perusahan Coklat Buatan Tangan & Confectionery

       Syarikat : ZMI Industries,

Felda Sg. Tengi, Kuala Kubu Bharu,Selangor.

http://www.coklat4u.com

Buka Coca-Cola Buka Semangat

Hari nie cuaca kat luar panas betul,dekat 35 – 37 Celcius. Lepas sembahyang Jumaat sempat gak aku melayan tekak nie yg dahaga air sejuk….hehehhee, Coca-cola jugak menjadi pilihan hati 🙂

Motor kesayanganku rosak kembali

Assalamualaikum,selamat pagi & dah nak masuk tenghari :)!

Pagi ni rutin harian aku macam biasa lah,pergi kerja kat Nilai,tepat jam 7.15pagi aku gerak ke opis mcm biasa.Dalam perjalanan dilebuhraya selepas tol Kajang menghala ke Seremban motor tibe2 tersengguk…pastu bunyi enjin yang terlampau kasar,aku pun berhenti ke tepi dan tengok ape yg terjadi,main2 minyak bunyi kasor betul,aku rase tak tepet bunyi ataupun timing change longgar….

Nasib ler boleh jugak dibawak motor tu,tapi tak boleh laju ler,kuar tol Bangi terus menuju ke kampung aku,lega jugak ler sebab die tak mati langsung….tengok bengkel tak bukak lagi,sekarang dah jam 12.00tghari pun tak bukak lagi,ade hal kot orang bengkel nie…harap2 kejap lagi bukak ler…kalau tak bukak mau esok aku TERcuti koje lagi……

 

Pameran & Promosi Coklat di Straits Quay,Tanjung Pinang,Penang,Malaysia.

Bukit Bendera,Penang

Tanglung

Pemandangan Bandar Georgtown,Penang

Pameran & Promosi Coklat

Chocolate Fountain – Strawberi Celup Coklat 🙂

Sup Daging + Roti Benggali ( Kedai Sup Hameed )

Nasi Kandar Line Clear

Tetap berbaris walaupun nama restoran line clear 🙂

Parking Kapal Layar & Bot Mewah di Straits Quay

Straits Quay,Tanjung Pinang,Georgtown

Pesembor kat Padang Kota Lama

Shafiq siap bawak flyer makanan yang terbaik di PENANG!

Masjid Kapitan Keling,Penang

Nasi Kandar Beratur,Jalan Masjid Kapitan Keling

Nasi Kandar

Batu Jalan Hablur Emas


GEMBIRA…Rawi Ilias menunjukkan batu untuk membaiki jalan yang mengandungi hablur emas.

JOHOR BAHRU: Ratusan individu bakal bergelar jutawan sekiranya puluhan ketulan batu didakwa bersalut hablur emas yang dikumpul keluarga masing-masing sejak empat hari lalu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee disahkan emas tulen.

Setakat semalam, kumpulan berkenaan tinggal selangkah lagi untuk bergelar jutawan selepas wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen.
Penduduk memaklumkan, mereka mendapat kerjasama wakil kedai emas berkenaan yang datang ke lokasi dan melakukan pemeriksaan ke atas ketulan batu itu, kelmarin.

Hasilnya, wakil berkenaan mendakwa ketulan batu diselaputi warna kuning tua itu adalah emas tulen yang mempunyai gred terbaik.
Bagaimanapun, perkara itu belum ditentukan kesahihannya 100 peratus kerana banyak lagi kajian serta ujian perlu dilakukan sebelum menyatakan ketulan batu berkenaan sahih diselaputi emas tulen.
Idham Mohd Diah, 36, berkata, wakil pemilik kedai emas yang mengunjungi tapak pencarian itu turut dikatakan menempah batu kononnya mengandungi hablur emas.

 

“Ada penduduk yang mendakwa batu yang dikumpul mereka itu sudah ditempah pembeli emas dengan harga hingga RM15,000.
“Saya dan bapa menemui beberapa ketulan emas sejak mencarinya empat hari lalu,” katanya.

Suri rumah dari Stulang, Munawarah Rashid, 29, berkata, sejak jam 10 pagi hingga 3 petang semalam, dia serta suami mengumpul 40 batu bersalut hablur dipercayai emas.
“Kami bercadang kembali semula ke sini pagi ini dengan harapan dapat menemui lebih banyak batu berkenaan.
“Saya mendapat tahu berkaitan penemuan batu terbabit menerusi rakan yang mendakwa mengumpul 20 ketulan batu bersalut hablur emas dalam tempoh dua jam, kelmarin.
“Sekiranya benar ia emas tulen, kami menganggapnya rezeki,” katanya.
Munawarah berkata, dia turut tahu berkaitan kesahihan yang dimaklumkan wakil kedai emas berkenaan dan berharap ia benar.
Penduduk, Mohd Diah Abdullah, 63, berkata, suasana perkampungan itu bertukar riuh selepas penemuan batu bersalut warna keemasan terbabit.
Menurut Diah, individu pertama menemui batu itu adalah keluarga besannya, empat hari lalu.

Sumber : myMetro 10.01.2012

Coklat4u.com ( Produk Baharu )

http://www.coklat4u.com

Rahsia Memudahkan Rezeki (5)

Jaga dan sayangi ibu bapa macam mereka adalah Raja di dalam hidup kita walaupun ibubapa kita tidak menyukai kita. Buatlah apa saja yang boleh untuk menyayangi ibubapa kita. Orang yang BERJAYA adalah orang yang menyayangi ibubapa mereka

Rahsia Memudahkan Rezeki (4)

Buat Solat Dhuha jangan putus. Solat Dhuha memang hebat sangat peranannya, rezeki melimpah ruah. Keberkatan datang tapi jangan buat untuk dapatkan duit tetapi untuk mendapatkan keberkatan dan kasih sayang Allah. Kunci dunia ini ialah kasih sayang jika ada kasih sayang yang baik dari Allah maka Allah akan beri apa sahaja yang Dia mahu.

Rahsia Memudahkan Rezeki (3)

Buat solat sunat Taubat bermula dari titik untuk berubah, buat setiap malam. Kemudian buat solat Tahajud kerana di situ banyak keistimewaan yang dijanjikan..Insyaallah.

Rahsia Memudahkan Rezeki (2)

Jika ada masalah atau mahu mendapat rezeki agar diberi jalan untuk dipermudahkan,buat selawat selama 10 hari sebanyak 1000 kali sehari. Dengan niat khusus.TAPI JANGAN LUPA SOLAT FARDHU!!!