Antara Kelebihan Solat Sunat Dhuha

 Allah menggalakkan umat Islam mengerjakan solat sunat Dhuha pada waktu siang hari, bermula dari setelah matahari tinggi sejengkal iaitu lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak iaitu tengah hari (dikenali waktu Dhuha).

Jumlah rakaatnya, paling sedikit dua rakaat dan paling banyak ialah 12 rakaat mengikut pendapat yang paling sah.

Antara Kelebihan Solat Sunat Duha

1.     Jaminan rezeki

Allah berfirman dalam surah Al-Dhuha ayat 1-5 yang bermaksud: “Demi waktu duha. Dan malam apabila ia sunyi sepi. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu) sebagaimana yang dituduh oleh kaum Musyrik.Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda”.

Waktu duha ialah waktu Allah mencurahkan kurniaan-Nya. Oleh sebab itu, bagi sesiapa yang inginkan kurniaan tersebut, maka dia perlu berhubung dengan Tuhannya melalui solat sunat Duha.

Rasulullah juga bersabda dalam sebuah hadis kudsi riwayat al-Tirmizi yang bermaksud, “Allah berfirman yang bermaksud, Wahai anak Adam! Solatlah kepada-Ku empat rakaat pada permulaan siang, nescaya akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang”.

2.     Kekuatan Jasmani

Sabda nabi s.a.w.  yang bermaksud: “Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah pada setiap satu daripada ruas tersebut. Para sahabat bertanya: Siapakah yang berdaya melakukannya wahai Rasulullah?. Lalu baginda bersabda: Boleh juga dilakukan dengan menghilangkan halangan di jalan raya, kalau tidak dapat dilakukan maka dengan melakukan dua rakaat Solat Dhuha memadai baginya”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Abu Hurairah memberitahu: “Rasulullah s.a.w. berpesan kepadaku dengan tiga perkara agar jangan ditinggalkan selama hidupku; puasa tiga hari setiap bulan, Solat Sunat Dhuha dan Solat Witir sebelum tidur”.        

Doa yang boleh anda katakan selepas selesai Solat Sunat Dhuha adalah seperti di bawah. Saya hanya menterjemahkan doa itu,  tidak disertakan doa dalam bahasa Arab. Semoga anda berpuas hati.

  • Oh Tuhan! Sesungguhnya saat pagi adalah kepunyaan-Mu.
  • Dan keindahan alam keliling juga kepunyaan-Mu.
  • Dan kecantikan yang wujud ini juga kepunyaan-Mu.
  • Dan seluruh kekuatan adalah kepunyaan-Mu.
  • Dan seluruh kudrat adalah kepunyaan-Mu.
  • Dan kawalan yang sebenar adalah kawalan dari-Mu
  • Wahai Tuhan! Sekiranya rezekiku berada di langit, silalah turunkan dia
  • Dan sekiranya dalam perut bumi, sila keluarkan dia
  • Sekiranya payah, sila mudahkan dia
  • Sekiranya jauh, sila dekatkan dia
  • Oh Tuhan! Dengan hak dan tuah saat pagi-Mu dan dengan tuah keindahan pagi-Mu , dan dengan kecantikan pagi-Mu, dan dengan tuah gagah dan tuah kudrat-Mu, berilah kepadaku segala apa yang kamu berikan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
  • Selawat dan salam dari Allah untuk penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarganya serta sahabatnya sekalian.

Sumber :

Prof. Madya Dr. Rosnani Hassan

Posted on January 3, 2012, in ROHANI | BIMBINGAN AGAMA | MOTIVASI and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: