Monthly Archives: February 2012

Surah Al-Ikhlas dan Terjemahannya

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

 

“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

 

“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

 

“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.


Motivasi Diri ~ Kaya & Berjaya!!

Robert Kuok kekal terkaya di Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang Malaysia paling kaya, dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut 8.0 peratus, diikuti T Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.

Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala usahawan bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 rakyat Malaysia paling kaya.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion. Malaysian Business berkata aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Januari 2012. — BERNAMA

Bertawakallah kepada Allah

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

(A-li’Imraan 3:159)

Tazkirah! ( Kebajikan )

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

(Al-Baqarah 2:177) |

Ingin Menjadi Pengedar EMAS??

Promosi Ulangtahun ke-3 GOLDCREST PAVILION

Daftar pengedar BARU hanya RM 1,000 Sahaja.

Tiada syarat belian minima. Sah mulai 13/02/12 hingga 13/5/2012

Berminat : Sila klik di http://www.gcp.com.my  

klik REGISTER

Diperkenalkan oleh : MOHAMMAD SAZMI B. SELAMAT  ID Pengenal : AD1089

Program Berniaga Tanpa MODAL!!!

http://www.coklat4u.com

Facebook : Coklat4u