Batu Jalan Hablur Emas


GEMBIRA…Rawi Ilias menunjukkan batu untuk membaiki jalan yang mengandungi hablur emas.

JOHOR BAHRU: Ratusan individu bakal bergelar jutawan sekiranya puluhan ketulan batu didakwa bersalut hablur emas yang dikumpul keluarga masing-masing sejak empat hari lalu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee disahkan emas tulen.

Setakat semalam, kumpulan berkenaan tinggal selangkah lagi untuk bergelar jutawan selepas wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen.
Penduduk memaklumkan, mereka mendapat kerjasama wakil kedai emas berkenaan yang datang ke lokasi dan melakukan pemeriksaan ke atas ketulan batu itu, kelmarin.

Hasilnya, wakil berkenaan mendakwa ketulan batu diselaputi warna kuning tua itu adalah emas tulen yang mempunyai gred terbaik.
Bagaimanapun, perkara itu belum ditentukan kesahihannya 100 peratus kerana banyak lagi kajian serta ujian perlu dilakukan sebelum menyatakan ketulan batu berkenaan sahih diselaputi emas tulen.
Idham Mohd Diah, 36, berkata, wakil pemilik kedai emas yang mengunjungi tapak pencarian itu turut dikatakan menempah batu kononnya mengandungi hablur emas.

 

“Ada penduduk yang mendakwa batu yang dikumpul mereka itu sudah ditempah pembeli emas dengan harga hingga RM15,000.
“Saya dan bapa menemui beberapa ketulan emas sejak mencarinya empat hari lalu,” katanya.

Suri rumah dari Stulang, Munawarah Rashid, 29, berkata, sejak jam 10 pagi hingga 3 petang semalam, dia serta suami mengumpul 40 batu bersalut hablur dipercayai emas.
“Kami bercadang kembali semula ke sini pagi ini dengan harapan dapat menemui lebih banyak batu berkenaan.
“Saya mendapat tahu berkaitan penemuan batu terbabit menerusi rakan yang mendakwa mengumpul 20 ketulan batu bersalut hablur emas dalam tempoh dua jam, kelmarin.
“Sekiranya benar ia emas tulen, kami menganggapnya rezeki,” katanya.
Munawarah berkata, dia turut tahu berkaitan kesahihan yang dimaklumkan wakil kedai emas berkenaan dan berharap ia benar.
Penduduk, Mohd Diah Abdullah, 63, berkata, suasana perkampungan itu bertukar riuh selepas penemuan batu bersalut warna keemasan terbabit.
Menurut Diah, individu pertama menemui batu itu adalah keluarga besannya, empat hari lalu.

Sumber : myMetro 10.01.2012

Coklat4u.com ( Produk Baharu )

http://www.coklat4u.com

Rahsia Memudahkan Rezeki (5)

Jaga dan sayangi ibu bapa macam mereka adalah Raja di dalam hidup kita walaupun ibubapa kita tidak menyukai kita. Buatlah apa saja yang boleh untuk menyayangi ibubapa kita. Orang yang BERJAYA adalah orang yang menyayangi ibubapa mereka

Rahsia Memudahkan Rezeki (4)

Buat Solat Dhuha jangan putus. Solat Dhuha memang hebat sangat peranannya, rezeki melimpah ruah. Keberkatan datang tapi jangan buat untuk dapatkan duit tetapi untuk mendapatkan keberkatan dan kasih sayang Allah. Kunci dunia ini ialah kasih sayang jika ada kasih sayang yang baik dari Allah maka Allah akan beri apa sahaja yang Dia mahu.

Rahsia Memudahkan Rezeki (3)

Buat solat sunat Taubat bermula dari titik untuk berubah, buat setiap malam. Kemudian buat solat Tahajud kerana di situ banyak keistimewaan yang dijanjikan..Insyaallah.

Rahsia Memudahkan Rezeki (2)

Jika ada masalah atau mahu mendapat rezeki agar diberi jalan untuk dipermudahkan,buat selawat selama 10 hari sebanyak 1000 kali sehari. Dengan niat khusus.TAPI JANGAN LUPA SOLAT FARDHU!!!

Coklat4u.com ( Produk Baharu)

Cereal Chocolate Chip

RM 28 per 400g pack. (approx 100 – 120pcs )

http://www.coklat4u.com

TERNAKAN ITIK TELUR – SUMBER PENDAPATAN TAMBAHAN

Assalamualaikum | Selamat Pagi | Good Morning ! 🙂

Petang semalam selepas pulang dari kerja,aku singgah kejap balik ke kampung halaman :), kebetulan nak amik motor aku yang dihantar repair kat bengkel Iwan Lekok..alhamdulillah motor aku dah ok! :D..

Balik umah makbapak aku jap terjumpe lak sepupu ( Mail ) ,die yang bercerita tentang harga telur ayam & telur itik..katenye telur itik berpontensi nak dipasarkan,harga die pun boleh tahan..sebiji dalam RM0.60 sebiji, lansung die terfikir nak bela itik telur…..aku pun cakap menarik gak tu,tempat nak bela pun dah ade, orang yang nak jaga pun dah ada…cantikkkk!!! cadang nak bela 50 ekor dulu,anak itik sekor RM4.00..dlm mase 3 bulan itik dah bertelur…cun2!! sekarang tgh kire2 badget lak, insyaallah dalam seminggu 2 projek ON jer lah 🙂 ….. kalau rajin usaha insyaallah rezeki tu ade kan…AZAM 2012 lah kate kan…:D beresss!!!

Bawah ni artikel tentang Ternakan Itik Telur, aku nak study & tambah ilmu dulu sebelum nk jadi usahawan itik..:)

Itik Telur

Bidang ternakan kini semakin mendapat perhatian untuk di usahakan. Kebiasaannya ternakan yang popular adalah jenis unggas dan ruminan. Pendapatan yang lumayan dapat dijana sekiranya perlaksanaan dan pemasaran dapat dilakukan dengan sempurna. Kebanyakan ternakan komersial yang diusahakan di Malaysia adalah seperti ternakan lembu,kambing dan ayam. Sungguhpun demikian Malaysia kini masih lagi mengimport masuk bekalan makanan.

Melihat kepada bekalan makanan dalam negara yang kurang mencukupi, maka kerajaan menyarankan agar pelbagai aktiviti ternakan  omersial dilaksanakan. Bagi menyahut cabaran ini, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pitas mengambil inisiatif untuk menjadi pembimbing kepada projek ternakan itik telur. PPK Pitas telah diberi tanggungjawab sebagai ejen pelaksana untuk projek ternakan itik telur dibawah bimbingan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Projek ini adalah salah satu projek dibawah ‘KPI Menteri’.

PPK  Pitas adalah antara PPK yang mendapat kepercayaan untuk memberi bantuan kepada 18 orang peserta untuk melaksanakan projek ternakan itik telur. Projek dikendalikan oleh peserta sendiri dengan bantuan dan khidmat nasihat dari anggota PPK. Bagi membantu memudahkan peserta, hasil produk ini akan dibeli semula oleh PPK untuk dipasarkan. Sehingga kini hasil projek dipasarkan adalah di sekitar Pitas, Kota Marudu, Kota Kinabalu dan Tawau. Setiap peserta projek diberi bantuan dengan kos permulaan sebanyak RM 10,000 termasuk baka dan reban bagi seorang peserta. Projek ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2009. PPK Pitas turut menjadi contoh kepada PPK lain di Sabah atas kejayaan membimbing penternaknya sehingga berjaya.

PEMILIHAN BAKA

Aspek pemilihan baka amat penting, ia perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana pemilihan baka adalah faktor penting untuk menentukan pengeluaran telur yang berkualiti. Di Malaysia, antara baka yang sesuai adalah kacukan ‘Khaki Champbell’ dari Thailand, Taiwan dan Australia. Jenis ‘Khaki Champbell’ merupakan salah satu jenis yang paling produktif masa kini berbanding dengan itik jenis lain seperti ‘Indian Runners’ dan ‘Taiwan Tsaiya’. Untuk mendapatkan telur itik yang berkualiti dan baik, maka ciri-ciri pemilihan baka perlu dilihat secara terperinci. Berikut adalah ciri-ciri itik penelur yang berkualiti :

• Mempunyai daya hidup yang tinggi.

• Bebas dari kecacatan.• Berat telur yang dihasilkan adalah 65 – 75 gm sebiji

.• Kulit telur adalah keras

.• Warna kuning telur adalah kemerahmerahan.

• Saiz badan itik adalah sederhana dan mempunyai  berat antara 1.3 – 1.8 kg semasa bertelur.
RUMAH DAN PERALATAN TERNAKAN 

Sama seperti ternakan ayam, ternakan itik juga perlu mempunyai kelengkapan untuk habitatnya. Rumah dan peralatan yang betul diperlukan untuk memelihara tahap kesihatan dan kualiti itik. Peredaran udara yang sempurna dan baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas ammonia dari najis itik. Saiz rumah juga perlu bersesuaiandengan jumlah itik yang diternak supaya dapat membesar dengan sempurna. Saizyang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 – 4 kaki persegi. Dari segi kemasan rumah, reban itik seeloknya didindingkan lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. Pintu reban perlu dibuat dengan menghala  ke kawasan lapang supaya itik-itik yang dikurung pada malam hari selamat dari musuh dan tidak bertelur di merata kawasan. Rumah itik juga perlu mempunyai rekabentuk yang sesuai untuk memudahkan penternak membersih, merawat dan mengumpul telur.Selain itu, peralatan yang diperlukan untuk ternakan itik ini adalah seperti bekas makanan/minuman, sarang bertelur, bekas telur, baldi, skop pembancuh makanan dan sebagainya. Rumah dan peralatan yang selesa dan mencukupi penting untuk mendapatkan hasil telur yang elok.
PEMAKAN

Antara  faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ternakan adalah pemakanan. Pemakanan boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari aspek ekonomi, bahan makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu, penternak mestilah peka dan pandai memilih jenis bahan makanan yang baik dan sekaligus dapat membantu menjimatkan perbelanjaan dalam perlaksanaan projek. Kebiasaaannya, makanan untuk ternakan itik boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu bahan makanan komersil dan makanan campuran sendiri. Bagi bahan makanan komersil, ia disediakan mengikut peringkat umur itik serta dilengkapi dengan kandungan protein dan tenaga yang bersesuaian seperti jadual disebelah.Untuk bahan makanan komersil pula, ia memerlukan satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan yang berkualiti. Penggunaan bahan campuran adalah berbeza dari makanan komersil.Antara bahan yang diperlukan ialah beras hancur, dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, ‘layer premix’ vitamin dan galian, batu kapur, jagung, ‘synthetic pigment’ dan lain-lain. Mengawal bahan makanan adalah amat penting dalam penternakan itik. Ia perlu dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh dilakukan dengan melihat berat badan itik supaya bersesuaian dimana berat semasa bertelur bagi seekor itik adalah 1.3kg hingga 1.75kg.Kesihatan dan Kawalan PenyakitItik yang tergolong dalam kelompok unggas. Ia amat berpotensi untuk diserang penyakit. Antaranya penyakit yang biasa menyerang ternakan itik adalah ‘duck cholera’, ‘salmonellosis’, ‘pollurom’ dengan berak kapur, ‘botulismus’ dan penyakit cacing yang boleh menyebabkan kematian. Untuk itu, pencegahan yang rapi perlu dilakukan oleh penternak untuk mengelak dari mengalami kerugian akibat penyakit. Kawalan harus dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit. Pencegahan tersebut adalah seperti :

• Menjaga kebersihan ladang setiapmasa.

• Memberi makanan yang baru, bermutudan tidak berkulat.

• Memberi air bersih dimana iamengandungi ubat ‘antistress’.

• Itik yang menunjukkan tanda sakitperlulah diasingkan untuk rawatan.

• Mencuci reban dengan pembasmikuman  seperti Lysol, lindoress sebelum ketibaan anak-anak itik yang baru.
Selain  aspek pemilihan baka, rumah dan peralatan serta kesihatan dan kawalan penyakit. Faktor pengurusan yang cekap juga amat penting. Ini perlu dilakukan bagi mendapatkan telur itik yang sihat dan berkualiti. Apsek pengurusan adalah merangkumi persediaan sebelum ketibaan anak itik, pemeliharaan semasa perindukan, pengurusan semasa membesar dan pengurusan semasa bertelur. Keperluan pengurusan ini perlu dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan projek tersebut berjaya. Penghasilan  kepada telur itik yang segar adalah dari penjagaan dan pemeliharaan yang sempurna oleh penternak. Namun begitu terdapat juga faktor yang tidak dapat dikawal seperti bencana alam. Pengurusan rekod yang baik juga penting untuk mengetahui kedudukan projek, untung/rugi projek, titik pulang modal dan sebagainya.

Sumber : ePeladang.com.my

Gold Price!

welcome to usd1600/oz  🙂

Rahsia Memudahkan Rezeki (1)

Istighfar paling kurang 100 kali & jika banyak masa bacalah 1000 kali sehari atau lebih. Insya Allah akan terbuka jalan penyelesaian kepada masalah kita . Istighfar itu membuka segala simpulan. Apa saja yang berlaku dalam hidup kita, kunci masalah adalah di dalam hidup kita. Serahkan kepada Allah semuanya. Buat secara istiqamah.